UKM, SELANGOR I'AM COMING !

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Blogger semua

Disini terlahir sebuah idea dan semangat untung berEntri sebentar,
 (Walaupun hampir terlupa kerana sibuk melayan rakan di Facebook)
Diri ini sebenarnya tengah sibuk packing baju dan barang untuk esok. Ops lupa pula hendak beritahu! Tomorrow diri ini akan menjejakkan kaki ke Ibu Kota Kuala Lumpur dan meninggalkan Kota Tinggi buat 2 hari 1 malam. Diri ini berjaya mendapat anugerah TOP 3 dalam pertandingan Blog Kepenggunaan Peringkat Kebangsaan. Blog hasil daya kreativiti dan bantuan editor iaitu Ibundaku Atiqah Arbain telah berjaya menambat hati juri FOMCA. Perjalanan akan mengambil masa yang agak lama iaitu kira-kira 4 jam. Oleh itu, saya sebagai Iqmar ingin meminta blogger-blogger sekalian untuk mendoakan semoga perjalanan pergi dan balik saya ke UKM, Selangor selamat disamping doa anda sekalian. Terima Kasih. :) Penyampaian hadiah atau anugerah itu akan berlangsung pada 21 sep iaitu pada hari Sabtu. Pada hari esok iaitu hari Jumaat saya akan dibawa oleh Cikgu Rohani iaitu Pengerusi Kelab Kepenggunaan Sekolah ke asrama Kolej Keris Mas, UKM, Selangor yang akan menjadi tempat bermalam saya. Happy sungguh saya kerana dapat menjejakkan kaki di UKM. I am so gladly. Terima kasih kepada Ibu dan Abah kerana membenarkan diri ini pergi ke Penyampaian Hadiah tersebut! :)


Cilok dari Putera Google Image!

Dunia Iqmar Effendy

DISCLAIMER"INI ADALAH BLOG PERSONAL IQMAREFFENDY99BLOGSPOT[DOT]COM.SEMUA ENTRI DAN GAMBAR DI DALAMNYA ADALAH KISAH DAN MILIK DARI TUAN PUNYA BLOG SENDIRI. DI LARANG KERAS MENGAMBIL GAMBAR DI DALAM BLOG INI UNTUK TUJUAN APAPUN TANPA SEIZIN TUAN PUNYA BLOG. MAAF ATAS PENGGUNAAN GANTI NAMA 'AKU' UNTUK BLOGGER YANG LEBIH DEWASA. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI IQMAR EFFENDY."