WHERE I GO : TAMAN BUKIT TAWAU, SABAH (TABLE)

Isnin, 14 Disember 2015



Assalamualaikum. Kami sekeluarga ke Taman Bukit Tawau atau di panggil TABLE oleh orang tempatan. Tujuan kami untuk bermandi-manda dan lawat nak lepaskan rindu sebab dah hampir 7 tahun tak pergi sejak kami sekeluarga tinggal di Kota Tinggi, Johor. Dan ini lah masa untuk luangkan masa dengan nenek dan Mieya ( my youngest aunt belah ibu ). TABLE merupakan pusat kunjungan yang popular di Tawau.

Taman Bukit Tawau terletak banjaran Brassey telah diwartakan menjadi Taman Taman Sabah (Sabah Park) pada tahun 1979. Ianya terletak 22 kilometer dari bandar Tawau iaitu kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kenderaan darat.

Taman Bukit Tawau adalah pusat tadahan air terpenting untuk hampir 1 juta penduduk tiga daerah Pantai Timur Sabah iaitu Tawau, Semporna dan Kunak. Sumber air dari sini menjadi punca kepada enam sungai utama di Tawau iaitu Sungai Merotai Besar, Sungai Merotai Kanan, Sungai Tawau, Sungai Kinabutan, Sungai Balung dan Sungai Mantri. Dengan keluasan 28 ribu hektar, Taman Bukit Tawau menempatkan tiga puncak gunung tertinggi daerah Tawau (dulunya gunung berapi) iaitu Gunung Magdalena setinggi 1,310 meter dari paras laut, Gunung Lucia (1,189M) dan Gunung. Maria (1,067M).

Asalnya Taman Bukit Tawau adalah Hutan Simpan Tawau yang bersempadan dengan Hutan Simpan Ulu Kalumpang di sebelah Utara yang menghubungkan kawasan hutan yang lebih luas iaitu Hutan Simpan Ulu Segama dan Hutan Simpan Kalabakan. Setelah Taman Sabah diwujudkan, hutan tersebut tadi digazetkan menjadi Taman Bukit Tawau. Keadaan mukabumi di kawasan Taman adalah berbukit bukau dengan ketinggian sekitar 30 meter hingga 1,312 meter dari paras laut.


1) Kolam Air Panas Sulfur

Pelbagai keunikan di Taman Bukit Tawau, Sabah antaranya terdapat kolam air panas sulfur! Pengunjung yang datang ke sini perlu berjalan melalui jalan trek yang disediakan sejauh 3.4 kilometer. Lokasi ini menjadi tumpuan kerana kolam air panas semulajadi yang baik untuk kesihatan kulit selain menyaksikan sendiri tindak balas eksistem dari lohong gunung berapi yang sudah tidak aktif.

2) Pokok Tropika Tertinggi Dunia

Selain itu, Taman Bukit Tawau amat terkenal dengan penemuan pokok tropika tertinggi di dunia dari spesis Seraya Kuning Siput (Shorea faquetiana) tinggi 88.32 meter oleh saintis Amerika Syarikat, Dr Roman Dial bersama dua rakannya pada tahun 2006. Mengikut rekod Taman Bukit Tawau. jumlah pelawat tertinggi direkodkan ialah pada Februari 2012 iaitu seramai 10,300 orang. Daripada jumlah itu, seramai 447 orang adalah pelancong asing dari Jepun, United Kingdom, Amerika Syarikat,Australia, Perancis, Rusia, China, Taiwan, Belanda dan Jerman. Untuk sampai ke sini, pengunjung akan melalui trek di dalam hutan sejauh 900 meter.

3) Gunung Berapi Tidak Aktif

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Malaysia mempunya beberapa gugusan gunung berapi. Gunung Maria merupakan sebuah gunung yang terdapat di Taman Bukit Tawau, daerah Tawau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Maria mempunyai ketinggian setinggi 1,067 meter. Gunung berapi tunggal di Malaysia ditemui di dalam Lingkaran Gunung Berapi di Semenanjung Semporna dan terletak di Tawau Hills National Park di Sabah. Gunung Bombalai mempunyai kawah 300 meter lebar dengan ketinggian 531 meter bersamaan 1742 kaki dan dua aliran lavanya mengalir ke dataran pantai yang berdekatan.

Mungkin agak mustahil jika ada orang berkata di Malaysia ada gunung berapi. Tapi itulah realitinya.
Di Malaysia memang ada bekas gunung berapi yang sudah berusia kira-kira 27,000 tahun.

Gunung ini dikelaskan sebagai gunung berapi tidak aktif terletak di wilayah Bombalai, dalam daerah Tawau dengan ketinggian 1,067 meter dari aras laut.

Gunung Maria adalah jenis gunung berapi "Pyroclastic Cone" dan berstatus "Preholecene" iaitu berusia melebihi 12,000 tahun.




buat apa entah tu...


Posing atas jambatan gantung itu wajib.


Dunia Iqmar Effendy

DISCLAIMER"INI ADALAH BLOG PERSONAL IQMAREFFENDY99BLOGSPOT[DOT]COM.SEMUA ENTRI DAN GAMBAR DI DALAMNYA ADALAH KISAH DAN MILIK DARI TUAN PUNYA BLOG SENDIRI. DI LARANG KERAS MENGAMBIL GAMBAR DI DALAM BLOG INI UNTUK TUJUAN APAPUN TANPA SEIZIN TUAN PUNYA BLOG. MAAF ATAS PENGGUNAAN GANTI NAMA 'AKU' UNTUK BLOGGER YANG LEBIH DEWASA. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI IQMAR EFFENDY."