WHAT TO BRING FOR MDS AND TIPS!

Secara ringkasnya, MDS ialah Minggu Destini Siswa iaitu minggu orentasi bagi pelajar baru UiTM.

  1. Kemeja Putih ( sangat-sangat penting untuk hari penutupan MDS or orientation) – depends kepada kampus masing-masing sebab masa hari pendaftaran aku, tak kisah warna apa asalkan kemeja. Cuma sangat penting untuk hari penutupan dan wajib ada jika diperlukan.
  2. Seluar slack ( tolonglah bawak sebanyak-banyaknya kalau tak nak ulang-ulang guna seluar yang sama selama seminggu ) – memanglah orang tak tahu yang kau pakai seluar sama, tapi mengikut keselesaan lah.
  3. Cadar katil
  4. Bantal
  5. Sarung bantal
  6. Selimut
  7. Baldi
  8. hanger
  9. tie
  10. tali pinggang
  11. charger (all kind of charger)
  12. power bank (sangat penting)
  13. Alat tulis
  14. Fail
  15. water bottle
  16. kasut kulit/PVC
  17. Kasut sukan
  18. stoking putih/hitam
  19. all of your personal document
  20. just bring everything yang diminta dalam surat like gambar passport and what so ever
  21. gambar passport paling paling buat 12 keping. You will never know. But still don’t worry kalau gambar passport tak cukup menawan sebab untuk buat kad matriks, nanti akan ada photoshoot session. Maka berhiaslah suka hati kamu but still ada peraturan ( see? Selagi kau manusia bertamadun maka patuhi lah peraturan )
  22. minyak angin
  23. toiletries (sabun mandi, syampoo, pencuci muka, berus gigi dll) – ini semua tidak disediakan ya harap maklum
  24. Iron
  25. Lock and key
  26. Tudung bawal warna hitam (wajib buat kaum hawa)

TIPS YANG TERSANGAT SANGAT AMAT PENTING.

Apabila korang dah dapat tau korang dapat kampus mana ( terutamanya UiTM, tapi tak kisah lah universiti mana pun ) maka kalian haruslah ;

  1. Survey dulu network coverage apa yang bagus kat kampus tu. Sebab dalam Malaysia ni (mungkin dunia) banyak institusi pendidikan yang dikelilingi hutan rimba, maka korang kena tahu line apa je yang boleh di access. Sebagai contoh, di UiTM Rembau boleh guna Celcom sahaja. SAHAJA ya. Haha kalau tak mahu kena tekanan jiwa yang melampau, silalah bertukar ke celcom. Cuma pembaharuan dan penambahbaikan akan berlaku dari semasa ke semasa. Kena alert.
  2. Survey tentang kenderaan. Apa yang aku buat ialah aku bukak instagram lepastu search ‘UiTM Rembau’. Kalau ternampak acc instagram senior, korang tegur je. Tanya soalan sebanyaknya bagi kemudahan korang juga.
  3. Buat double triple check document yang perlu dibawa ketika hari pendaftaran.
  4. Pihak universiti akan sediakan check list apa yang korang patut buat dan bawa pada hari pendaftaran. Sila rujuk list tu ya jangan malas. Kalau rasa ada yang tak lengkap, sila lah lengkapkan. List panduan tu sangat penting, untuk rujukan masing-masing.
  5. Silalah bawak minyak angin atau sebarang objek yang membolehkan korang tercelik mata, sebab taklimat sehari suntuk woi! Kalau nak kena hadiah dari para fasi, silalah syahid berjemaah.
  6. Kepada lelaki-lelaki budiman diluar sana, sila belajar ikat tie ya.
  7. Dan para hawa sekalian, sila bawa tudung hitam sebanyaknya.
  8. Bawa kasut sukan! Amat tidak digalakkan untuk berorentasi dengan kasut kulit kerana akan banyak berjalan dan aktiviti luar jangkaan (ragging dll). Anda akan diminta untuk berkemeja, berseluar slack serta berkasut sukan atau berbaju kurung dan berkasut sukan. Maka bersiap sedialah dengan segala kemungkinan.
  9. Mengenai laptop atau sebarang alat elektronik yang luar biasa, tidak digalakkan untuk dibawa sebab selepas minggu orentasi, anda akan bercuti so lepas naik cuti boleh lah bawa.
  10. Ketika orentasi, korang hanya akan berada dalam bilik selama 3-4 jam sehari (waktu itu lah korang mandi, cuci baju, iron baju dan TIDUR!), so barang berharga sila jaga sebaik-baiknya. Korang dilarang untuk pergi ke mana-mana tanpa kebenaran termasuklah untuk ke bilik masing-masing.
  11. MENGENAI CUTI SELEPAS MINGGU ORENTASI ATAU MDS, korang amat digalakkan untuk menghubungi pihak berkenaan beberapa hari sebelum pergi mendaftar di kampus masing-masing. Korang kena tanya sama ada selepas MDS ada cuti atau tidak sebab berlaku masa aku MDS, aku tak tau yang lepas MDS ada cuti seminggu iaitu cuti sempena Hari Gawai dan Awal Ramadhan. So memang agak huru-hara juga untuk cari transport bagi pulang ke pangkuan keluarga dirumah.
  12. Last but not least, SILA DATANG AWAL ketika hari pendaftaran sebab bilik asrama diberi secara random. So kalau datang awal, dapatlah roommate dan housemate yang jenis AWAL dalam segala-galanya. (Sila take note yang ni, lagi-lagi yang ada member dapat kampus yang sama dengan korang)
Food is provided in a week! Jadi jangan risau akan kes-kes kebuluran kerana anda akan cukup makan. Alhamdulillah. Makanan sangat sedap dan korang tak perlu pun keluarkan duit selama seminggu tu untuk makanan. Tak sure lah untuk universiti lain.

#ini hanya sekadar untuk panduan kepada yang mahu kan panduan. Aku pun selama ni search blog untuk dapatkan information so aku pun nak share lah juga maklumat. Dan ini sekadar tips dan bukan paksaan, ada kalanya berbeza-beza di setiap tempat. Hanya sekadar berkongsi maklumat tanpa niat yang terselindung

Dunia Iqmar Effendy

DISCLAIMER"INI ADALAH BLOG PERSONAL IQMAREFFENDY99BLOGSPOT[DOT]COM.SEMUA ENTRI DAN GAMBAR DI DALAMNYA ADALAH KISAH DAN MILIK DARI TUAN PUNYA BLOG SENDIRI. DI LARANG KERAS MENGAMBIL GAMBAR DI DALAM BLOG INI UNTUK TUJUAN APAPUN TANPA SEIZIN TUAN PUNYA BLOG. MAAF ATAS PENGGUNAAN GANTI NAMA 'AKU' UNTUK BLOGGER YANG LEBIH DEWASA. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI IQMAR EFFENDY."