MELAKA DAN SEKOLAH



salam semua..apa khabar? saya sihat walafiat namun agak malas nak kemas kini blog ini. hahahha,biasalah kalau cuti sekolah ini,macam2 je perkara nak buat. namun sebelum bercuti ada kerja kursus yang perlu di selesaikan iaitu untuk subjek sains yang bertajuk MANUSIA ADALAH ORGANISME MULTISEL YANG KOMPLEKS...huhuhu. projek ni buat secara berkumpulan. kami perlu mencari info tentang tajuk ini sebelum mengupdatenya ke dalam power point untuk dipersembahkan kepada guru. markah kami akan di hitung dan di nilai nanti. ok,beralih pada cerita percutian kali ini,pada 4-6jun lepas kami sekeluarga melakukan perjalanan jarak jauh ke melaka. abah memandu kereta dengan cermat sekali. memang seronok berada di melaka kerana melaka yang memang terkenal dengan sejarahnya amat sesuai di lawati oleh para pelajar seperti kami kerana dapat menimba ilmu dan pengetahuan. sesungguhnya berada di sana adalah kenangan manis yang tak dapat di lupakan. terima kasih buat abah yang sanggup berkorban masa,tenaga dan wang ringgit untuk membawa kami ke melaka. setelah kembali dari bercuti saya mula menghitung hari untuk bersekolah semula. segala persiapan persekolahan telah pun siap. kawan2,selamat bertemu kembali.

Dunia Iqmar Effendy

DISCLAIMER"INI ADALAH BLOG PERSONAL IQMAREFFENDY99BLOGSPOT[DOT]COM.SEMUA ENTRI DAN GAMBAR DI DALAMNYA ADALAH KISAH DAN MILIK DARI TUAN PUNYA BLOG SENDIRI. DI LARANG KERAS MENGAMBIL GAMBAR DI DALAM BLOG INI UNTUK TUJUAN APAPUN TANPA SEIZIN TUAN PUNYA BLOG. MAAF ATAS PENGGUNAAN GANTI NAMA 'AKU' UNTUK BLOGGER YANG LEBIH DEWASA. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI IQMAR EFFENDY."