Memaparkan catatan dengan label diari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label diari. Papar semua catatan

PLEASE SUPPORT & FOLLOW


http://iqmarjkdo-hpm14.blogspot.com/

Daku nak mohon pertolongan dan bantuan dari semua. untuk tahun 2014 ini daku sekali lagi mencuba nasib menyertai pertandingan blog kepenggunaan ini. daku harapkan semua pembaca sudi-sudikanlah diri untuk sokong penyertaan ini dengan follow blog yang masuk pertandingan ini.


kali ini daku memilih tajuk "KEPENTINGAN MEMATUHI PAPAN TANDA JALAN RAYA". mempertaruhkan blog kuning hitam sebagai aset penyertaan di harapkan mampu menambat hati juri. Terima kasih buat ibu yang sudi buatkan latar belakang blog ini walau simple tapi comel.hahaha.


pada kawan yang sudi follow,daku ucapkan berbanyak terima kasih.moga Allah saja mampu membalas budi baik semua. blog ini masih dalam pengisian lagi,so banyak isi penting lagi tak terbit.nak follow sekarang,okay,klik link di bawah yer?

HADIAH DALAM GENGGAMAN

Assalamualaikum Semua~
pada 29 april 2013
telah berlansung penyampaian hadiah~
yang amat saya tunggu2
iaitu PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA BULAN SAINS DAN MATEMATIK
TEMPAT~dewan terbuka sekolah menengah kebangsaan bandar kota tinggi iaitu DEWAN JUBLI PERAK
MASA~ketika perhimpunan hari isnin

antara hadiah yang dapat saya kecapi pada bulan sains dan matematik ini ialah~

JOHAN MENCIPTA PROJEK REE
~mug berhiaskan lambang sains& matematik

NAIB JOHAN EXPLORES SAINS&MATEMATIK
(taun ni tak dapat jadi juara macam taun lepas :(...)
  ~fail berisikan buku nota,higlight,pen,dan biskut coklat

NAIB JOHAN KUIZ SAINS DAN MATEMATIK
~~fail berisikan buku nota,higlight,pen,dan biskut coklat

                                                                                   
                                                                               
                                                                               


   

RAYA 2012













diari raya 2012
 raya pertama: Kg. Tembioh dan Desa Sejahtera
raya kedua: Taman Kota Jaya, Kulai Jaya dan Felda Bukit Batu
raya ketiga: Bandar Tenggara
raya keempat: JB

ps: tema baju warna merah tahun 2012.

KEK BEFDAY :) DAN PAK CIK JI SAKIT :(

belum nyalakan lilin lagi

taraaa...cantik tak?

1,2......tiup lilin nya

potong kek

bagi2 kan sebagai juadah berbuka puasa sebelum celebrate kat KFC.
ASSALAMUALAIKUM WBT
salam semua ..dah lama tak update blog ni. berhabuk jugalah blog ni sebab tuan empunya blog ni dah lama tak datang kibas-kibas habuk kat sini. entah apa je lah yang di sibukkan sampaikan takda masa nak on9. kadang-kala tak terlayan jugak lah on9 ni,mana taknya sibuk dengan ulangkaji pelajaran dan aktiviti sekolah. FB pun dah jarang buka. nasib baik lah sekarang ni bulan puasa,ada lah rihat sikit dari aktiviti yang pelbagai tu.
ok..nak cerita sikit tentang gambar kat atas tu. sebenarnya tu lah kek befday ku yg  ke 13. sebenarnya befday ku lambat lagi,11hb nanti tapi memandangkan masa yang tu tak sesuai maka di awalkan lah sambutannya. apapun terima kasih banyak pada abah dan ibu yang bersusah payah untuk meraikan befday kami,anak2 mereka setiap tahun. sayang abah dan ibu sesangat.
namun di sebalik kegembiraan ini ada perkara sedih juga yang berlaku pada famili kami. pakcik Ji telah di tahan di wad Hospital Tawau kerana di kesan menghidap penyakit namun belum dapat di kenalpasti. esok dengar khabar dada pakcik akan di tebuk untuk di masukkan kamera bagi mengesan sakitnya. kami semua berdoa moga pakcik Ji akan kembali sihat seperti dulu. Amin.
setakat itu saja,bye semua. salam selalu dan selamat berpuasa.

BERTUGAS LAGI

ASSALAMUALAIKUM WW

hai..salam ramadan semua..sedar tak sedar dah masuk 10 hari kita berpuasa..hari ni saya bertugas kat perpustakaan seperti biasa pada tiap hari isnin. tapi kebiasaannya saya menunggang basikal je untuk ke sekolah,namun di bulan puasa ni abah akan hantar dan jemput saya pergi dan balik sekolah. macam minggu lepas,sehabis bertugas saya tak balik ke rumah,terus saja duduk kat sekolah untuk menunggu sesi persekolahan petang bermula. tak naklah menyusahkan abah lagipun balik rumah tak boleh makan juga kan?hahahaha. ok lah semua,selamat berpuasa dan selamat hari raya Aidilfitri. salam sayang untuk semua.:n:

SOLAT TARAWIH DAN KEBAIKANNYA

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.



2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

NIAT PUASA DAN BERBUKA

Lafaz Niat Seharian Puasa
lafaz niat puasa, niat puasa hari-hari
“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Alalh Ta’ala”
Lafaz Niat Sebulan Puasa
lafaz niat sebulan puasa, niat puasa sebulan
“Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala”
Doa Buka Puasa
doa berbuka, doa buka puasa
Yang bermaksud, Ya Allah keranaMu aku berpuasa, dengan Mu aku beriman, kepadaMu aku berserah dan dengan rezekiMu aku berbuka (puasa), dengan rahmat MU, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih “

SELAMAT DATANG RAMADAN AL MUBARAK

ASSALAMUALAIKUM WW
sedar tak sedar akhirnya ramadan datang lagi. pantas berlalu masa yag pergi..moga2 kali ni dapat berpuasa penuh lagi seperti tahun2 lepas. tak sabar rasanya..semoga kita semua sihat untuk beribadah di bulan yang penuh keberkatan ini.

ESOK TAK BERTUGAS

ASSALAMUALAIKUM WW
Esok tak bertugas pula sebagai pustakawan....entahlah nape,cikgu kata ada kelas yang guna perpustakaan utk tujuan peperiksaan...tah lah... :(

ANIMAL :(

ASSALAMUALAIKUM WW

Ala lagu animal tak bunyi pulak....lagu sway pula tak de...malangnya ....sekarang guna lagu Anuar Zain :Sedetik Lebih.lagu ni pun best jugak...

Dunia Iqmar Effendy

DISCLAIMER"INI ADALAH BLOG PERSONAL IQMAREFFENDY99BLOGSPOT[DOT]COM.SEMUA ENTRI DAN GAMBAR DI DALAMNYA ADALAH KISAH DAN MILIK DARI TUAN PUNYA BLOG SENDIRI. DI LARANG KERAS MENGAMBIL GAMBAR DI DALAM BLOG INI UNTUK TUJUAN APAPUN TANPA SEIZIN TUAN PUNYA BLOG. MAAF ATAS PENGGUNAAN GANTI NAMA 'AKU' UNTUK BLOGGER YANG LEBIH DEWASA. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI IQMAR EFFENDY."