FIZIK TING 4 : BENDALIR DALAM SISTEM HIDRAULIK

FUNGSI BENDALIR DALAM SISTEM HIDRAULIK
  • penghantar kuasa
  • Melicinkan bahagian-bahagian yang bergerak.
  • Menyendal kelegaan antara bahagian-bahagian yang bertemu
  • Melenyapkan haba

SEBAB MINYAK DIPILIH SEBAGAI BENDALIR
  • Kelikatan dan indeks kelikatan. Kelikatan adalah rintangan terhadap pengaliran disebabkan oleh bendalir. Kelikatan diukur dengan menggunakan meter likat yang dapat mengukur masa yang diambil bagis uatu isipadu bendalir yang mengalir mengikut piawai pada suhu tertentu. Indeks kelikatan ialah ukuran bandingan perubahan kelikatan minyak  terhadap perubahan suhu. Minyak mempunyai indeks kelikatan rendah menunjukkan perubahankelikatan apabila berlaku perubahan suhu. Minyak yang mempunyai indeks kelikatanyang tinggi maka ia mempunyai kelikatan yang tinggi. Perubahan suhu terhadap minyak tersebut tidak akan mengubah kelikatannya.
  • Pelinciran. Pengurangan pelinciran menghasilkan kerosakan terhadap permukaan semasa pergerakan berlaku. Ia mesti tahan api (fire resistance), bersesuaian dengan bahan- bahan sistem dan juga mempunyai keupayaan pemindahan haba yang baik.
  •  Kestabilan kimia
  •  Mampu menghalang sentuhan logam ke logam antara bahagian yang  bergerak
  •  Ketumpatan yang rendah.
  • Tahan
  • Tidak beracun
  •  Sukar menjadi wap.
  • Murah

GIVEAWAY NOVEL BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK

http://kathyrbain.blogspot.com/2016/04/giveaway-novel-by-kathy-rbain-cik-akak.html


Sila klik banner untuk join dan info lanjut

CONTOH TEKS PIDATO : KEPIMPINAN BERKESAN, TERAS KEMAKMURAN

Oleh : Iqmar Abdullah

Memetik rencana dari Utusan Online, kepimpinan yang berkesan sangat diperlukan bukan sahaja kepada organisasi tetapi juga kepada negara. Negara akan lebih maju dan berkembang pesat jika kita mempunyai ramai pemimpin yang hebat, berkarisma dan berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Syarikat perniagaan pula boleh membawa keuntungan yang besar dan menyebabkan mereka yang memiliki saham tersenyum lebar dengan adanya pemimpin yang berkesan.

Bagi organisasi bukan kerajaan, pemimpin yang cekap membolehkan visi dan misi tercapai dengan cepat.

Kepimpinan keluarga yang berkesan membolehkan anak-anak dibesarkan dengan sihat, mendapat didikan yang baik dan menjadi warga negara yang berguna.

          Assalamualaikum dan salam sejahtera, terima kasih teraju pimpinan majlis, panel juri penjunjung kesaksamaan, penjaga masa penghitung detik perjalanan, dan warga siding yang dimuliakan. Salam ukhwah bersulam kemesraan. Berdirinya saya disini, tidak lain dah tidak bukan untuk menyampaikan sebuah pidato berpaksikan mauduk “Kepimpinan berkesan, teras kemakmuran”.

Sebelum kita mengembara lebih jauh, sebelum saya membawa anda menerokai lebih dalam. Izinkan saya merungkai, dan menghurai pengertian mauduk pilihan hati pada hari ini. Menurut Kamus Dewan, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Mengikut Certo (1997), kepimpinan ialah proses pengarahan tingkah laku orang lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif. Manakala, berkesan bermakna mempunyai kebolehan untuk menghasilkan atau menyempurnakan sesuatu tugas yang dimaksudkan atau tujuan. Kebanyakan orang merujuk kepada kemakmuran dari segi kewangan, tetapi ia boleh juga digunakan untuk keluarga, kerjaya anda atau kebahagiaan. Oleh itu, “Kepimpinan berkesan teras kemakmuran” membawa pengertian keupayaan memimpin yang baik menjadi tiang keharmonian dan berjayanya sesuatu organisasi.

Persoalannya, bagaimanakah kepimpinan berkesan mampu menjadi pencetus kemakmuran?

Hadirin dan hadirat,
Rempuhan idea saya yang pertama, “Pemimpin bertanggungjawab, teras kemakmuran”
Apa peranan pemimpin berkesan? Seorang pemimpin berkesan haruslah berperanan sebagai, pemikir, perancang, pengurus, pengerak perubahan, pendidik, pembimbing, penasihat dan pendorong. Dalam usaha menjadi pemimpin berkesan, individu itu harus menguasai tiga kemahiran iaitu Kemahiran konseptual – iaitu kemahiran menganalisi, berfikir secara logik, kreatif dalam menjana idea dan penyelesai masalah. Kedua, kemahiran tektikal – iaitu kemahiran berkaitan dengan kaedah-kaedah, prosedur dan teknik-teknik untuk menjalankan aktiviti khusus serta kebolehan menggunakan peralatan yang digunakan dalam menjalanakan aktiviti tersebut. Dan ketiga, kemahiran hubungan kemanusiaan- iaitu kemahiran berhubung dengan orang lain serta boleh memahami perasaan dan sikap orang lain. Terkandung dalam kemahiran ini ialah kemahiran berkomunikasi dengan jelas dan berkesan.

Rempuhan idea saya yang kedua, “Pemimpin berilmu, pencetus kepimpinan berkesan”

Kepimpinan berkesan ada kaitannyaa dengan jatuh bangun sesebuah organisasi, ada kaitan dengan keberkesanan dan kecekapan organisasi, ada kaitan dengan prestasi kerja orang bawahan, dan ada kaitan dengan kepuasan kerja orang bawahan. Dengan ilmu, pemimpin itu boleh menangani masalah yang menimpa. Salah satu faktor Zaman kejatuhan atau zaman gelap barat ialah disebabkan kurangnya ilmu pengetahuan dalam diri. Tanpa ilmu, negara mudah disabotaj dan diserang anasir-anasir yang membawa tipu daya yang memusnahkan. Maka benarlah “pemimpin berilmu, pencetus kepimpinan berkesan yang membawa kemakmuran.”

Sidang umat bermatlamat,
Rempuhan idea saya yang ketiga dan terakhir ialah, “Kepimpinan berkesan, menjadi ikutan”
Adakah para hadirin masih ingat Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, perdana menteri keempat negara bertuah ini. Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Beliau telah menjadi penyelamat dalam menangani krisis ekonomi pada tahun 1997-1998 dengan keputusan beraninya melaksanakan rejim kawalan pertukaran asing terpilih. Beliau telah menjadi idola ramai kerana keberkesanan dalam tampuk kepimpinan beliau. Dalam institusi keluarga juga, jika seseorang bapa itu berjaya membentuk sebuah keluarga yang harmoni, nescaya akan menjadi ikutan anak-anak mereka.

Hadirin minda kelas pertama,
Sebagai penutup tirai wacana ilmu kita pada hari ini, memimpin sesebuah organisasi bukanlah satu tugas yang mudah. Sungguhpun begitu, bersama-sama gabungan ilmu, pengetahuan, personaliti dan visi, kepimpinan bukanlah satu misi yang mustahil bagi setiap orang yang mahu menjadi seorang pemimpin yang berjaya. Seseorang pemimpin berkesan sentiasa melihat kejayaan organisasinya sebagai satu usaha yang berterusan antara dirinya dengan semua anggota dalam organisasi itu.

Dunia Iqmar Effendy

DISCLAIMER"INI ADALAH BLOG PERSONAL IQMAREFFENDY99BLOGSPOT[DOT]COM.SEMUA ENTRI DAN GAMBAR DI DALAMNYA ADALAH KISAH DAN MILIK DARI TUAN PUNYA BLOG SENDIRI. DI LARANG KERAS MENGAMBIL GAMBAR DI DALAM BLOG INI UNTUK TUJUAN APAPUN TANPA SEIZIN TUAN PUNYA BLOG. MAAF ATAS PENGGUNAAN GANTI NAMA 'AKU' UNTUK BLOGGER YANG LEBIH DEWASA. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI IQMAR EFFENDY."