Oleh : Iqmar Abdullah
Memetik rencana dari Utusan Online, kepimpinan yang berkesan sangat diperlukan bukan sahaja kepada organisasi tetapi juga kepada negara. Negara akan lebih maju dan berkembang pesat jika kita mempunyai ramai pemimpin yang hebat, berkarisma dan berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Syarikat
perniagaan pula boleh membawa keuntungan yang besar dan menyebabkan mereka yang
memiliki saham tersenyum lebar dengan adanya pemimpin yang berkesan.
Bagi
organisasi bukan kerajaan, pemimpin yang cekap membolehkan visi dan misi
tercapai dengan cepat.
Kepimpinan
keluarga yang berkesan membolehkan anak-anak dibesarkan dengan sihat, mendapat
didikan yang baik dan menjadi warga negara yang berguna.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
terima kasih teraju pimpinan majlis, panel juri penjunjung kesaksamaan, penjaga
masa penghitung detik perjalanan, dan warga siding yang dimuliakan. Salam
ukhwah bersulam kemesraan. Berdirinya saya disini, tidak lain dah tidak bukan
untuk menyampaikan sebuah pidato berpaksikan mauduk “Kepimpinan berkesan, teras
kemakmuran”.
Sebelum kita mengembara lebih jauh, sebelum saya membawa anda menerokai lebih dalam. Izinkan saya merungkai, dan menghurai pengertian mauduk pilihan hati pada hari ini. Menurut Kamus Dewan, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Mengikut Certo (1997), kepimpinan ialah proses pengarahan tingkah laku orang lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif. Manakala, berkesan bermakna mempunyai kebolehan untuk menghasilkan atau menyempurnakan sesuatu tugas yang dimaksudkan atau tujuan. Kebanyakan orang merujuk kepada kemakmuran dari segi kewangan, tetapi ia boleh juga digunakan untuk keluarga, kerjaya anda atau kebahagiaan. Oleh itu, “Kepimpinan berkesan teras kemakmuran” membawa pengertian keupayaan memimpin yang baik menjadi tiang keharmonian dan berjayanya sesuatu organisasi.

Persoalannya,
bagaimanakah kepimpinan berkesan mampu menjadi pencetus kemakmuran?
Hadirin
dan hadirat,
Rempuhan idea saya yang pertama, “Pemimpin bertanggungjawab, teras kemakmuran”
Apa peranan pemimpin berkesan? Seorang pemimpin berkesan haruslah berperanan sebagai, pemikir, perancang, pengurus, pengerak perubahan, pendidik, pembimbing, penasihat dan pendorong. Dalam usaha menjadi pemimpin berkesan, individu itu harus menguasai tiga kemahiran iaitu Kemahiran konseptual – iaitu kemahiran menganalisi, berfikir secara logik, kreatif dalam menjana idea dan penyelesai masalah. Kedua, kemahiran tektikal – iaitu kemahiran berkaitan dengan kaedah-kaedah, prosedur dan teknik-teknik untuk menjalankan aktiviti khusus serta kebolehan menggunakan peralatan yang digunakan dalam menjalanakan aktiviti tersebut. Dan ketiga, kemahiran hubungan kemanusiaan- iaitu kemahiran berhubung dengan orang lain serta boleh memahami perasaan dan sikap orang lain. Terkandung dalam kemahiran ini ialah kemahiran berkomunikasi dengan jelas dan berkesan.

Rempuhan
idea saya yang kedua, “Pemimpin berilmu, pencetus kepimpinan berkesan”
Kepimpinan
berkesan ada kaitannyaa dengan jatuh bangun sesebuah organisasi, ada kaitan
dengan keberkesanan dan kecekapan organisasi, ada kaitan dengan prestasi kerja
orang bawahan, dan ada kaitan dengan kepuasan kerja orang bawahan. Dengan ilmu,
pemimpin itu boleh menangani masalah yang menimpa. Salah satu faktor Zaman
kejatuhan atau zaman gelap barat ialah disebabkan kurangnya ilmu pengetahuan
dalam diri. Tanpa ilmu, negara mudah disabotaj dan diserang anasir-anasir yang
membawa tipu daya yang memusnahkan. Maka benarlah “pemimpin berilmu, pencetus
kepimpinan berkesan yang membawa kemakmuran.”
Sidang
umat bermatlamat,
Rempuhan
idea saya yang ketiga dan terakhir ialah, “Kepimpinan berkesan, menjadi ikutan”
Adakah
para hadirin masih ingat Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, perdana menteri keempat
negara bertuah ini. Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat
sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah
menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga.
Beliau telah menjadi penyelamat dalam menangani krisis ekonomi pada tahun 1997-1998
dengan keputusan beraninya melaksanakan rejim kawalan pertukaran asing
terpilih. Beliau telah menjadi idola ramai kerana keberkesanan dalam tampuk
kepimpinan beliau. Dalam institusi keluarga juga, jika seseorang bapa itu
berjaya membentuk sebuah keluarga yang harmoni, nescaya akan menjadi ikutan
anak-anak mereka.
Hadirin
minda kelas pertama,
Sebagai
penutup tirai wacana ilmu kita pada hari ini, memimpin sesebuah organisasi
bukanlah satu tugas yang mudah. Sungguhpun begitu, bersama-sama gabungan ilmu,
pengetahuan, personaliti dan visi, kepimpinan bukanlah satu misi yang mustahil
bagi setiap orang yang mahu menjadi seorang pemimpin yang berjaya. Seseorang
pemimpin berkesan sentiasa melihat kejayaan organisasinya sebagai satu usaha
yang berterusan antara dirinya dengan semua anggota dalam organisasi itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
salam para penghuni Dunia KU..
sudi-sudikan lah membaca dan memberi komen..
jasa anda amat di hargai..