Bahasa sumber
- Bahasa diterjemahkan ke
bahasa lain
- Bahasa yang digunakan
sebagai pengantar pengajaran bahasa asing
- Bahasa asal penyerapan
perkataan
Bahasa sasaran
- Bahasa yang menjadi
medium mandat yang berasal dari bahasa sumber selepas melalui proses pengalihan
- Bahasa yang digunakan
untuk menggambarkan makna huruf yang terkandung dalam kamus
Prinsip Penterjemahan
Penerjemahan merupakan
satu pekerjaan yang memerlukan kesungguhan. Ini adalah kerana penerjemahan yang
tidak bersungguh-sungguh akan menimbulkan kekeliruan pembaca dan lebih-lebih
lagi menimbulkan salah faham pembaca terhadap maksud pengarang teks sumber.
Oleh itu, penerjemahan seharusnya dilakukan dengan berpandu kepada
prinsip-prinsip yang tertentu.
Tidak mengubah maksud
pengarang teks asal.
- Prinsip ini adalah
jelas untuk para penterjamah. Tetapi, pada praktikalnya para penterjemah
sebenarnya sukar untuk mengelakkan diri untuk mengubah maksud pengarang secara
100% kerana faktor perbezaan budaya dan bahasa. Tetapi, ini tidak bermaksud
penterjemah diizinkan mengubah maksud pengarang teks asal dengan segaja.
Menghasilkan terjemahan
yang mudah difahami pembaca.
- Pentejemahan merupakan
sebahagian daripada komunikasi. Oleh itu, sesuatu terjemahan sebaik-baiknya
mudah difahami supaya tujuan komunikasi antara pembaca dengan pengarang asal
dapat dicapai.
Menghormati tatabahasa
penerima.
- Dalam proses
menterjemahkan, tatabahasa bahasa penerima harus dihormati. Ini bermaksud
tatabahasa asing tidak seharusnya dipaksakan ke dalam teks terjemahan.
Menterjemah makna bahasa
bukan menterjemah bentuk bahasa.
- Dalam proses
penterjemahan, makna harus diberi fokus. Penterjemah tidak seharusnya berusaha
mengekalkan bentuk bahasa teks asal sehingga menghasilkan terjemahan yang
berbelit-belit dan sukar difahami.
Maka kesimpulannya,
berpandukan kepada prinsip-prinsip ini, seorang penterjemah diharapkan dapat
menghasilkan satu karya yang boleh dipercayai sebagai satu karya terjemahan,
dan karya ini adalah sebuah karya yang boleh difahami serta selesa untuk
dibaca.
Jenis Terjemahan
Terjemahan Formal
Kaedah lama penterjemahan
ditumpukan pada persamaan bentuk teks terjemahan dengan teks asal. Aspek
seperti format,rima rentak, bunga bahasa dan ciri-ciri kebahasaan dalam teks
asal cuba dikekalkan supaya terjemahan yg dihasilkan menyamai bentuk teks asal.
Kaedah ini dinamakan Kaedah Terjemahan Formal ( formal equivalence ). Kaedah
ini juga dikenali sebagai Kaedah Formal, Kaedah Terjemahan Harafiah dan
Terjemahan Literal.
Terjemahan Dinamik
Kaedah baru pula
mengutamakan reaksi pembaca dan kesan terhadap pembaca. kaedah baru ini
menitikberatkan persamaan dinamik ( dynamic equivalence ) dan disebut sebagai
terjemahan kaedah dinamik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
salam para penghuni Dunia KU..
sudi-sudikan lah membaca dan memberi komen..
jasa anda amat di hargai..