sejarah harry potter


Di sebalik Harry Potter

Idea Harry Potter tercetus di fikiran J. K. Rowling atau nama sebenar beliau, Joanne Kathleen Rowling ketika menaiki kereta api dari Manchester ke London pada tahun 1990. Pada waktu itu, beliau baru putus cinta dengan bekas suaminya dan mengambil inisiatif untuk menjadikan Harry Potter sebagai inspirasi hidupnya. Beliau telah mengisi masa di dalam perjalanannya itu dengan memikirkan sebaik-baiknya plot yang lengkap untuk ceritanya itu.
Sebelum wujudnya Harry Potter, hidup beliau amat susah, ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Hidupnya sebagai penulis tidak tentu arah lebih-lebih lagi setelah bercerai dengan bekas suaminya. Beliau kembali ke London untuk meneruskan penulisannya. Karyanya ini telah banyak kali ditolak oleh syarikat penerbitan kerana penerbitnya yang kurang berminat dan disertakan dengan bermacam-macam alasan. Akhirnya, syarikat Bloomsbury memberi peluang kepadanya lalu tanpa disedari, telah mengubah hidup J. K. Rowling yang miskin dan susah kepada seorang penulis selebriti antara yang terkaya dan terpengaruh di dunia.
Kini, siri Harry Potter merupakan telah menjadi salah satu siri novel terlaris di dunia yang turut dialihbahasa kepada lebih 50 buah bahasa.

Joanne Kathleen Rowling, orang yang menjadi titik tolak kepada Harry Potter

[sunting]Ringkasan

Kisahnya mengenai seorang remaja lelaki yang bernama Harry Potter yang mengetahui bahawa orang tuanya adalah ahli sihir pada ulang tahunnya ke-11. Dia kemudian dihantar untuk bersekolah di Sekolah Sihir Hogwarts. Di sana dia bertemu dengan dua orang yang kemudian menjadi rakan karibnya, Hermione Granger dan Ron Weasley. Dari situ, kehidupannya sebagai murid sekolah sihir tersebut diceritakan sepanjang tujuh buku, yang masing-masing mencakup masa waktu satu tahun.
Hingga kini sudah ada enam buku yang diterbitkan. Buku keenam, Harry Potter and the Half-Blood Prince diterbitkan pada 16 Julai 2005. Dijadualkan kisah Harry akan berakhir pada jilid ke-7.
Siri ini juga telah dibawa ke layar filem oleh Warner Bros. Sehingga kini, 5 buku pertama telah berjaya difilemkan dan ditayangkan kepada awam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

salam para penghuni Dunia KU..
sudi-sudikan lah membaca dan memberi komen..
jasa anda amat di hargai..

Dunia Iqmar Effendy

DISCLAIMER"INI ADALAH BLOG PERSONAL IQMAREFFENDY99BLOGSPOT[DOT]COM.SEMUA ENTRI DAN GAMBAR DI DALAMNYA ADALAH KISAH DAN MILIK DARI TUAN PUNYA BLOG SENDIRI. DI LARANG KERAS MENGAMBIL GAMBAR DI DALAM BLOG INI UNTUK TUJUAN APAPUN TANPA SEIZIN TUAN PUNYA BLOG. MAAF ATAS PENGGUNAAN GANTI NAMA 'AKU' UNTUK BLOGGER YANG LEBIH DEWASA. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI IQMAR EFFENDY."