sukan hogwats


Quidditch

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Quidditch merupakan permainan bola udara yang dimainkan di atas penyapu terbang, permainan yang ibarat bola sepakpolo atau bola keranjang. Ia digunakan oleh J. K. Rowling dalam siri novel Harry Potter.
Quidditch merupakan permainan terkenal di alam sihir. Terdapat pasukan profesional dan Hogwarts turut mempunyai pasukan yang mewakili rumah masing-masing. Dalam buku keempat, Harry telah menyaksikan perlawanan Piala Dunia Quidditch bagi pasukan antarabangsa. Quidditch telah memainkan peranan penting dalam enam buku pertama tetapi Rowling mengatakan yang perlawanan Quidditch terakhir yang ditulisnya adalah dalam buku keenam.[1]

Isi kandungan

  [sorokkan

[sunting]Peraturan

Rencana utama: Peraturan Quidditch
Quidditch dimainkan di padang berbentuk lonjong dan mempmunyai tiga gelung gol di setiap dua hujung. Pasukan yang memperoleh paling banyak mata akan menang. Terdapat tujuh pemain dalam pasukan: satu Penjaga (Keeper), dua Pemukul (Beaters), tiga Pengejar (Chasers), dan satu Pencari (Seeker). Mereka pula memainkan empat jenis bola iaitu sebiji Quaffle, dua biji Bludger dan sebiji Snitch, yang memberikan nama kepada permainan tersebut: Quidditch (Quidditch, Bludger, Bludger, Snitch).
Quaffle tidak berapa penting dan lebih kurang sama dengan bola dalam permainan Muggle, walaupun telah dijampi supaya menjadi perlahan apabila jatuh dan lebih mudah dipegang. Pengejar yang menguruskannya dengan cuba membalingnya ke dalam salah satu gelung pihak lawan dan beroleh sepuluh mata. Penjaga menjaga gegelung dari dimasukinya. Dua bola besi berat yang dipanggil Bludger berterbangan dan Pemukul menggunakan bet untuk mempertahankan pasukannya atau untuk memukulnya ke arah pihak lawan. Akhir sekali, bola kecil bersayap iaitu Snitch Emas yang terbang laju dan tinggi. Pencari ditugaskan untuk mencari dan mendapatkannya. Dengan melakukannya, pasukannya akan memperoleh 150 mata dan permainan tamat, dan lazimnya pihak yang memperoleh Snitch memenangi perlawanan. Pemain masih boleh menangkap Snitch dan kalah jika pasukan lawan sudahpun mengungguli permainan dengan melebih 150 mata dari pasukan yang menangkapnya.

[sunting]Sejarah

Permainan penyapu muncul apabila penyapu terbang mula dikembangkan untuk membolehkan penerbang melakukan belokan tajam dan mempelbagaikan ketinggian dan laju. Lukisan sihir awal menunjukkan bagaimana sukan penyapu bermula.
Perlumbaan penyapu tahunan yang diraikan di Sweden bertarikh abad ke-10. Peserta dari Kopparberg ke Arjeplog, jarak yang lebih 300 batu. Landasan lumbanya melalui penempatan nagadan trofi besar dibentuk seperti naga Muncung-Pendek Sweden diberi. Kini, ia adalah pertandingan antarabangsa.
Lukisan terkenal Günther der Gewalttätige ist der Gewinner ("Gunther yang Ganas Ialah Pemenang"), bertarikh 1105, menunjukkkan orang Jerman zaman dahulu memainkan permainanStitchstock. Pola dua puluh kaki diletakkan kantung naga yang mengembung. Seorang pemain di atas penyapu ditanggungjawabkan untuk menjaga kantung tersebut. Penjaga kantung itu diikat di pola tersebut dengan tali di keliling pinggang, maka dia tidak boleh terbang lebih sepuluh kaki dari tempat itu. Pemain lain akan mengambil giliran untuk terbang menghampipri kantung tersebutu untuk dibocorkan dengan hujung penyapu yang ditajamkan. Penjaga kantung dibenarkan membawa tongkat sakti untuk menghalang serangan itu. Permainan tamat apabil kantung benar-benar habis dibocorkan, atau penjaga kantung berjaya menjampi semua pihak penyerang.
Telah dicadangkan yang nama "Quidditch" diterbitkan dari nama bola Quaffle, Bludger dan Snitch, walaupun, dalam cerita, permainan tersebubt dinamakan sempena Queerditch Marsh, iaitu ketika versi terawal permainan dimainkan pada kurun kesebelas.
Menurut buku, Quidditch bermula dengan permainan berasaskan penyapu yang mudah, dengan pemain menghantar bola kulit, Quaffle, untuk cuba memasukkannya ke dalam gol di hujung padang. Kemudian, Bludger ditambah dengan batu yang dijampi, mungkin dipengaruhi permainan Scotland yang berisiko tinggi iaitu Creaothceann, yang pemainnya cuba menangkap batu yang jatuh dengan belanga yang diletakkan pada kepala mereka.
Penambahan Snitch Emas timbul daripada sukan sihir awal, yang ahli sihir perlu menangkap Snidget Emas, burung sihir yang pantas bergerak. Pada 1269, Ketua Majlis Penyihir, Barberous Bragge, melepaskan Snidget Emas yang menawarkan 150 galleon (bersamaan lebih sejuta Galleon kini) kepada pemain yang menangkap burung tersebut. Nilai 150 mata kemudian ditambah kepada burung tersebut, dan lama kelamaan Snidget Emas digantikan dengan bola sihir (dicipta oleh Bowman Wright) apabila burung tersebut menjadi sepsis terancam. Terdapat 700 cara untuk membuat faul dalam Quidditch, yang semuanya dilakukan dalam Piala Dunia pada 1473.
Quodpot, berbeza dengan Quidditch, popular di Amerika Syarikat dan Amerika Selatan.

[sunting]Harry Potter sebagi pemain Quidditch


Harry Potter (dilakonkan oleh Daniel Radcliffe) cuba untuk menangkap Snitch.
Harry Potter merupakan pelajar termuda yang lebih sekurun menjadi pemain bagi pasukan rumah Hogwarts. Sebagai Pencari bagiGryffindor, Potter memenangi hampir semua permainan yang dimainkannya kecuali apabila cedera atau tidak mampu. (Walau bagaimanapun, dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban, beliau jatuh dari penyapunya kerana kehadiran dementor). Piala Quidditch dibatalkan kerana Kejohanan Ahli Sihir Trio ketika tahun keempat Potter. Disebabkan perselisihan selepas perlawanan dengan Draco Malfoy, Potter diharamkan oleh Pegawai Penyoal Siasat Hogwarts Dolores Umbridge pada tahun kelima. Pada tahun berikutnya, dia kembali sebagai kapten, walaupun hanya bermain satu perlawanan dengan penuh (permainan kedua, tengkoraknya retak yang menyebabkan pasukannya kalah, dan beliau dalam tahanan ketiga perlawanan ketiga), dia mampu membawa kemengangan Gryffindor dan memperoleh Piala Quidditch Hogwarts.

[sunting]Terjemahan

BahasaQuidditchSnitch EmasQuaffleBludger (Blooder)
Bahasa BulgariaКуидич (Kuidič)Златен Снич ( Zlaten Snitch )Куофъл ( Quafle )Блъджър ( Bludger )
Bahasa CroatiaMetloboj ('broom fight')zlatna zvrčkabalunmaljac
Bahasa Cina魁地奇金色飞贼/金探子鬼飞球/快浮游走球/搏格
Bahasa CzechFamfrpálZlatonkaCamrálPotlouk
Bahasa DenmarkQuidditchGyldne lynTromlerSmasher
Bahasa BelandaZwerkbalGouden SnaaiSlurkBeuker
Bahasa EstoniaLendluudpall


Bahasa FinlandHuispausKultasieppi (sieppi)KaatoRyhmy
Bahasa PerancisQuidditchVif d'orSouaffleCognard
Bahasa YunaniΚουίντιτς (Kuídits)


Bahasa JermanQuidditchGoldener SchnatzQuaffelKlatscher
Bahasa Ibraniקווידיץ'סניץ' הזהבקואפלמרביצן
Bahasa HungaryKviddicsArany cikeszKvaffGurkó
Bahasa ItaliQuidditchBoccino d'OroPluffaBolide (pl. Bolidi)
Bahasa Jepunクィディッチ (Kwiditchi)


Bahasa LithuaniaKvidičasAuksinis šmaukštasKritlisMuštukas
Bahasa NorwayRumpeldunkGullsnoppenSluffenKlabber
Bahasa PolandQuidditchzłoty zniczkafeltłuczek
Bahasa PortugisQuadribol ('four-ball')Pomo de OuroGolesBalaços
Bahasa RomaniaVâjthaţHoţoaică aurie
Balon ghiulea
Bahasa RussiaКвиддич (Kviddič)


Bahasa SerbiaКвидич / KvidičЗлатна Скривалица / Zlatna SkrivalicaКвафл / KvaflБлаџерка / Bladžerka
Bahasa SlovakiaMetlobal ('broom-ball')Zlatá strelaPrehadzovačkaDorážačka
Bahasa SloveniaQuidditchzlati zvizloklštamf
Bahasa SwedenQuidditchgyllene kvickenklonkdunkar

[sunting]Quidditch dalam dunia nyata


Quidditch Lane di Lower Cambourne
Terdapat permainan computer yang mensimulasikan permainan Quidditch.
Terdapat juga cubaan untuk meniru Quidditch dengan menggunakan teknologi yang sedia ada seperti basikal berbanding penyapu.
Sebatang jalan di Lower Cambourne, Cambridgeshire, England dinamakan Quidditch Lane sempena parit kering ("dry ditch") yang dipanggil quidditch dalamBahasa Inggeris lama (istilah yang menurut pemaju dan pihak berkuasa tempatan telahpun wujud sebelum JK Rowling mencipta permainan itu). Peminat Harry Potter sering melawat ke sana.
Perlawanan Quidditch menggunakan kaki telah dimainkan di Salem, Massachusetts pada Oktober 2005. Pasukan sebenar yang main adalah Betas Anonymous Punctuation Pixies an Effortless Edibles Fizzing Whizbees.
Siri Harry Potter rekaan J. K. Rowling

Batu Hikmatbukufilem
Bilik Rahsiabukufilem
Banduan Azkabanbukufilem
Piala Apibukufilem
Kumpulan Phoenixbukufilem
Putera Berdarah Kacukanbukufilem
Azimat Mautbuku(filem)

Watak – Tempat – Sihir – Subjek - Objek - Makhluk - Buk

1 ulasan:

salam para penghuni Dunia KU..
sudi-sudikan lah membaca dan memberi komen..
jasa anda amat di hargai..

Dunia Iqmar Effendy

DISCLAIMER"INI ADALAH BLOG PERSONAL IQMAREFFENDY99BLOGSPOT[DOT]COM.SEMUA ENTRI DAN GAMBAR DI DALAMNYA ADALAH KISAH DAN MILIK DARI TUAN PUNYA BLOG SENDIRI. DI LARANG KERAS MENGAMBIL GAMBAR DI DALAM BLOG INI UNTUK TUJUAN APAPUN TANPA SEIZIN TUAN PUNYA BLOG. MAAF ATAS PENGGUNAAN GANTI NAMA 'AKU' UNTUK BLOGGER YANG LEBIH DEWASA. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI IQMAR EFFENDY."