sayup kedengaran takbir raya,
sayu di hati mengingat ibunda,
tidak dapat balik beraya,
masih banyak kertas kerja.
raya pertama kunjungi saudara,
kuih muih jadi juadah,
makan dengan cukup selera,
setelah makan alhamdulillah.
malam kedua mercun di main,
bermain juga bunga api,
hati-hati terkena kain,
kalau kena susah nanti.
lemang di bakar di pagi hari,
embun pagi masih terasa,
akan di makan tengahari,
lemang berlemak enak terasa.
nota kaki:
*pantun ciptaan sendiri tanpa mana2 rujukan
* di beri masa 1 jam
*penat tau fikir
*band 6,bm pertama
*tema hari raya
ni sempena raya mana ni..? raya dah habis lah..hahaha..=D
BalasPadamhehehehe..ni pantun untuk raya puasa sis..keje sekolah..
Padam