WORKSHEET : PERANAN TAMADUN MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang terbesar dalam menyumbang ke arah kelangsungan tamadun Malaysia. Peranannya dapat dilihat dalam Pembinaan Negara Bangsa, Pandangan Semesta Melayu Islam, dan Peradaban dan Budaya Melayu.

Pertama, negara adalah suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan. Bangsa pula merujuk kepada kumpulan manusia dalam satu ikatan negara. Negara bangsa pula merupakan masyarakat pelbagai etnik, agama dan budaya mengamalkan sikap persefahaman dan toleransi dalam suasana yang harmoni. Orang Melayu perlu mengambilkira peranan penting kaum-kaum lain. Bahasa Melayu harus terus menjadi wahana budaya dan sebagai penyalur kebudayaan kebangsaan Malaysia.

Kedua, tamadun Melayu adalah pemangkin kepada pembentukan pandangan semesta Malaysia berasaskan ajaran Islam. Tamadun Melayu Islam pada asasnya telah dibina di atas enam dasar pandangan semesta iaitu Islam Agama Wahyu, Allah Sebagai Pencipta, Konsep Pembalasan, Mementingkan Nilai, Konsep Kesederhanaan dan Konsep Akauntabiliti.

Ketiga, peranan budaya Melayu amat penting dalam usaha kelangsungan tamadun Malaysia. Budaya dan peradaban Melayu pemangkin kepada tamadun Malaysia jika mengamalkan ciri-ciri seperti Masyarakat yang Berilmu, Kekuatan Ekonomi dan Pengurusan Harta, Masyarakat Penyayang dan Toleransi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

salam para penghuni Dunia KU..
sudi-sudikan lah membaca dan memberi komen..
jasa anda amat di hargai..

Dunia Iqmar Effendy

DISCLAIMER"INI ADALAH BLOG PERSONAL IQMAREFFENDY99BLOGSPOT[DOT]COM.SEMUA ENTRI DAN GAMBAR DI DALAMNYA ADALAH KISAH DAN MILIK DARI TUAN PUNYA BLOG SENDIRI. DI LARANG KERAS MENGAMBIL GAMBAR DI DALAM BLOG INI UNTUK TUJUAN APAPUN TANPA SEIZIN TUAN PUNYA BLOG. MAAF ATAS PENGGUNAAN GANTI NAMA 'AKU' UNTUK BLOGGER YANG LEBIH DEWASA. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI IQMAR EFFENDY."