ETIKA DALAM PROSES KOMUNIKASI DAN TABAYYUN


          Menurut S. Salahudin (2007), pengertian komunikasi menurut Islam ialah proses dalam menyampaikan utusan  kepada seseorang atau masyarakat untuk dijadikan milik bersama tentang maklumat, pengetahuan, kemahiran , sikap dan kepercayaan berlandaskan syariat Islam.  Asas-asas dan prinsip berkomunikasi yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW telah dijadikan sebagai panduan oleh para ilmuan dalam membentuk sebuah model komunikasi Islam yang berkesan.
          Antara etika yang penting dalam proses komunikasi berkesan menurut Islam adalah Qaulan Sadida. Qaulan Sadida bermaksud percakapan yang benar, jujur, lurus dan tidak menambah atau mengurangi isi berita. Ucapan yang benar ialah ucapan yang sesuai dengan al-Quran, al- Sunnah dan ilmu. Kehebatan baginda Rasulullah SAW berhujah dengan benar telah berjaya menyelesaikan pelbagai masalah ketika zaman pemerintahannya. Sebagai contoh, Nabi Muhammad juga digelar oleh masyarakat Arab sebagai Al-Amin yang bererti jujur dan amanat hingga beliau diberi tanggungjawab untuk menghakimi pertengkaran soal kelompok yang berhak meletakkan Hajar Aswad saat bangunan Ka’bah direnovasi akibat banjir besar. Dakwah yang dibawakan akan diterima orang ramai jika seseorang itu sentiasa berkata benar dalam pertuturan. Hal ini membolehkan komunikasi yang dijalankan berkesan.
          Pengertian tabayyun adalah melakukan penelitian atau siasatan dan merupakan salah satu prinsip dalam komunikasi islam. Yaitu suatu kegiatan yang berupaya mendalami dan memecahkan suatu persoalan dengan menggunakan metode ilmu pengetahuan. Menyiasat sesuatu perkara adalah amat penting bagi penghantar dan juga penerima sesuatu maklumat. Bagi seorang pemberitahu atau penghantar maklumat, mereka perlulah memastikan mesej yang ingin disampaikan adalah mematuhi syariah dan mengajak kepada kebaikan selari dengan konsep tabbayun dimana seseorang penghantar maklumat perlulah menyiasat dan meneliti kandungan maklumat yang ingin disampaikan, samada berfaedah ataupun tidak.
          Bagi seseorang penerima maklumat pula, mereka haruslah menyiasat dan meneliti semula kandungan maklumat yang diterima samada perlu untuk mereka ketahui ataupun menyiasat tentang kebenaran suatu maklumat tersebut. Hal ini adalah amat penting agar penerima tidak menerima maklumat yang tidak sahih dan tidak penting bagi mereka. Perkara ini dapat mencegah dari berlakunya fitnah dan mampu mengakibatkan suatu hubungan itu terputus.
          Sebagai kesimpulan, komunikasi menurut Islam adalah kaedah berkomunikasi yang paling berkesan dan memberi manfaat kepada kita. Bagi memastikan suatu komunikasi itu mencapai objektif , kita haruslah menuruti semua prinsip dan etika dalam berkomunikasi. Perkara ini haruslah dipraktikkan dari kecil lagi agar kita tidak melakukan atau mengatakan sesuatu yang tidak berfaedah dan mempu menyinggung perasaan orang lain. Tabbayyun juga amatlah penting bagi memelihara kebenaran sesuatu maklumat dan mengelakkan diri dari terjebak dalam fitnah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

salam para penghuni Dunia KU..
sudi-sudikan lah membaca dan memberi komen..
jasa anda amat di hargai..

Dunia Iqmar Effendy

DISCLAIMER"INI ADALAH BLOG PERSONAL IQMAREFFENDY99BLOGSPOT[DOT]COM.SEMUA ENTRI DAN GAMBAR DI DALAMNYA ADALAH KISAH DAN MILIK DARI TUAN PUNYA BLOG SENDIRI. DI LARANG KERAS MENGAMBIL GAMBAR DI DALAM BLOG INI UNTUK TUJUAN APAPUN TANPA SEIZIN TUAN PUNYA BLOG. MAAF ATAS PENGGUNAAN GANTI NAMA 'AKU' UNTUK BLOGGER YANG LEBIH DEWASA. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI IQMAR EFFENDY."