WHAT I DO IN A DAY : TYPHOID INJECTION

Khamis, 17 Feb 2017

Pengenalan

Demam tifoid/typhoid atau lebih dikenali sebagai demam kepialu di Malaysia merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Salmonella Enterica atau secara lebih khusus Salmonella Typhii dan sedemikian demam ini dipanggil sempena nama bakteria tersebut. Penyakit ini boleh didapati di seluruh dunia dan cara penyebarannya adalah melalui makanan dan minuman yang telah tercemar oleh najis. Jangkitan ini boleh menjejaskan seluruh badan dan merosakkan pelbagai organ-organ. Melainkan dirawat, jangkitan ini boleh membawa kesan yang mengancam nyawa. Mengikut kajian, risiko kematian oleh penyakit ini adalah sebanyak 10-30%.

Sejarah

Di sekitar kurun ke 430-424 sebelum Masihi, terjadi satu malapetaka yang dipercayai demam kepialu yang telah mengorbankan hampir satu per tiga daripada penduduk Athens termasuk pemimpin mereka iaitu Pericles. Ahli sejarah kuno Thucydides juga tidak terkecuali dari jangkitan ini namun dia terselamat daripada penyakit tersebut dan menulis mengenainya.

Pada tahun 1897, Edward Wright Almorth telah menemui vaksin yang berkesan dalam menangani penyakit ini. Pada tahun 1909 pula, Frederick F. Russell, seorang doktor tentera Amerika Syarikat membangunkan vaksin Typhoid dan selepas dua tahun program suntikan vaksin anti-typhoid menjadi yang pertama di mana suntikan tersebut diberikan kepada semua anggota tentera Amerika Syarikat.

Setelah penemuan tersebut dan kemajuan penyelidikan serta peningkatan kebersihan, kebanyakan negara-negara maju telah mendapati penurunan demam kepialu pada sepanjang separuh pertama abad ke-20.

Jenis-jenis vaksin anti-typhoid

Di Malaysia, terdapat 2 jenis vaksin anti-typhoid yang digunapakai iaitu vaksin yang berbentuk pil(untuk dimakan) dan vaksin yang diberikan melalui suntikan. Namun begitu penggunaan vaksin suntikan lebih popular berbanding pil di Malaysia.

Vaksin tifoid pil:
  • Vaksin diberikan dalam bentuk kapsul. Diberikan 3 kapsul yang dimakan pada hari ke 1, 3, dan 5.
  • vaksin diberikan kepada individu yang berumur lebih dari 6 tahun ke atas.
  • Imunisasi diberikan setiap 3 tahun bagi pengendali makanan.
Vaksin Tifoid suntikan:
  • Vaksin disuntikkan di lengan atau paha.
  • vaksin diberikan kepada individu yang berumur lebih dari 2 tahun ke atas.
  • Imunisasi diberikan setiap 3 tahun bagi pengendali makanan.

VAKSIN DEMAM KEPIALU merupakan vaksin yang mencegah demam kepialu. Terdapat dua jenis vaksin yang boleh didapati secara meluas: Ty21a (vaksin hidup yang diberi melalui mulut) dan vaksin polisakarida kapsul Vi (vaksin subunit boleh suntik). Kedua-dua jenis vaksin ini kira-kira 30 hingga 70% berkesan selama dua tahun pertama bergantung kepada vaksin tertentu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan supaya semua kanak-kanak di kawasan yang penyakit ini biasa ditemui divaksinkan. Sebaliknya, WHO juga menyarankan supaya mereka yang berisiko tinggi divaksinkan. Kempen pemvaksinan juga boleh digunakan untuk mengawal penularan penyakit ini. Bergantung kepada keadaan, dos tambahan disarankan setiap satu hingga tujuh tahun. Di Amerika Syarikat, vaksin ini disyorkan kepada mereka yang berisiko tinggi sahaja, seperti pengunjung ke kawasan di dunia yang penyakit ini biasa ditemui.

Vaksin sekarang adalah sangat selamat. Kesan sampingan yang kecil mungkin berlaku pada tempat suntikan. Vaksin boleh suntik selamat dalam kalangan penghidap HIV/AIDS dan vaksin oral boleh digunakan selagi tiada simptom. Keselamatan vaksin oral semasa kehamilan adalah tidak jelas.

Vaksin demam kepialu yang pertama dibangunkan pada tahun 1896 oleh Almroth Edward Wright, Richard Pfeiffer, dan Wilhelm Kolle. Disebabkan oleh kesan sampingan, rumusan yang lebih baharu adalah disarankan pada masa kini. Vaksin demam kepialu tersenarai dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia, iaitu ubat paling penting yang diperlukan dalam sistem kesihatan asas. Kos borong vaksin ini pada tahun 2014 ialah kira-kira 4.44 dolar Amerika sedos. Di Amerika Syarikat, kos vaksin ini mencecah 25 hingga 50 dolar Amerika.

source : http://kursuspengendalianmakanan.com/suntikan-typhoid-untuk-pengendali-makanan/
source : https://ms.wikipedia.org/wiki/Vaksin_demam_kepialu

prosesnya sangatlah sekejap tak sampai 2 minit dalam bilik doktor, dia cucuk pastu selesailah. yang lama masa nak tunggu turn je even klinik swasta. Doktor lelaki indian, dia suntik kat lengan disebelah kiri, tak sakit pun, jarum halus sangat tak rasa apa. cuma malam je rasa kebas sikit. harga satu suntikan RM50. psstt takpa takpa demi kesihatan kan. health is wealth :') and PREVENT IS BETTER THAN CURE.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

salam para penghuni Dunia KU..
sudi-sudikan lah membaca dan memberi komen..
jasa anda amat di hargai..

Dunia Iqmar Effendy

DISCLAIMER"INI ADALAH BLOG PERSONAL IQMAREFFENDY99BLOGSPOT[DOT]COM.SEMUA ENTRI DAN GAMBAR DI DALAMNYA ADALAH KISAH DAN MILIK DARI TUAN PUNYA BLOG SENDIRI. DI LARANG KERAS MENGAMBIL GAMBAR DI DALAM BLOG INI UNTUK TUJUAN APAPUN TANPA SEIZIN TUAN PUNYA BLOG. MAAF ATAS PENGGUNAAN GANTI NAMA 'AKU' UNTUK BLOGGER YANG LEBIH DEWASA. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI IQMAR EFFENDY."